Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Gadis cantik 17 tahun bercerai selepas dua hari nikah, tak sanggup dapat gelaran janda. Ini punca yg mengejutkan!!!


Gadis cantik 17 tahun bercerai selepas dua hari nikah, tak sanggup dapat gelaran janda. Ini punca yg mengejutkan

VIDEO perkongsian seorang gadis dengan kapsyen ‘kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun’ pastinya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, di usia belasan tahun, dia bukan sahaja sudah mendirikan rumah tangga malah turut mendedahkan telah bercerai.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, remaja berkenaan menyatakan jodoh dan maut semuanya Allah yang tentukan.

                  

Mendedahkan situasi yang dialami, ujar gadis jelita itu lagi, perkahwinan yang berlangsung pada 6 Jun lalu adalah atas kemahuan keluarga dan bukan didirikan atas dasar cinta.

Tambahnya, walaupun berat hati untuk bersetuju, tapi dia terpaksa akur demi menjaga hati ibu dan bapanya.

“Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu.

“Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, dia dan bekas suami sependapat untuk berpisah.

“Kami bercerai sebab itu pilihan kami berdua… kehendak keluarga juga sudah diikuti.

“Selepas berbincang dengan kedua belah pihak, maka keputusan untuk berpisah dipersetujui dengan cara baik.”Alhamdulillah semua bersetuju dan kami menganggap setiap yang berlaku adalah sebuah takdir,” imbaunya kembali.

Seperti pasangan bercerai yang lain, Noranah juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa makian dan kejian masyarakat.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui kisahnya pasti menyangka perkara tidak baik telah berlaku tambahan pula usianya baru belasan tahun.

Namun bagi wanita muda ini, dia enggan mengambil pusing setiap kata-kata nista tersebut sebaliknya mahu meningkatkan kualiti hidupnya di masa hadapan.

     

“Ada juga yang mempersoalkan kenapa saya nikah kerana terlalu muda… apa pun, saya enggan mengambil pusing setiap kata-kata tersebut,” katanya sambil menambah setiap yang berlaku adalah pengalaman hidup untuknya.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapannya pula, ujar Noranah, jika diberi peluang dan kepercayaan dia ingin mencari pekerjaan.

Katanya, pada masa ini dia hanya menjaga kedai yang diusahakan ibunya di Semporna.

“Saya mahu cari pekerjaan sendiri sebab sekarang hanya menjaga kedai mak di kampung,” katanya.

Terdahulu, video yang dikongsikan tular di aplikasi TikTok sehingga ditonton lebih 355,900 pelayar.

Meskipun ada yang memberi kata-kata kecaman, namun tidak kurang juga yang memberi sokongan selain menyifatkan setiap individu berhak untuk bahagia.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI