Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rider Turun Tolak Motor, Tak Nak Bunyi Ekzos Ganggu Ustaz Baca Doa

Rider Turun Tolak Motor, Tak Nak Bunyi Ekzos Ganggu Ustaz Baca Doa

Rider Turun Tolak Motor, Tak Nak Bunyi Ekzos Ganggu Ustaz Baca Doa

Tiada guna sekiranya mempunyai ilmu tinggi, tapi adab dan hubungan sesama manusia tidak dijaga dengan baik. Malah perlu juga ada ‘common sense’, lagi-lagi jika hidup bermasyarakat.

Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan tindakan luar biasa seorang penunggang motosikal yang berjaya membuatkan netizen tersentuh hati apabila menontonnya.

Video dikongsi di akaun @me.2023 itu memperlihatkan rider tersebut menolak motosikalnya ketika melalui sekumpulan individu yang dilihat sedang menadah tangan membaca doa.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan bunyi bising daripada ekzos, sekali gus individu-individu berkenaan dapat memberi sepenuh tumpuan kepada doa dipohon mereka.

Jika diperhatikan dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan juga seorang lelaki berkopiah sedang memegang mikrofon yang mengetuai bacaan doa tersebut.

Selepas berada jauh sedikit, rider terbabit kembali menunggang motosikalnya dan mula beredar dari situ.

Menjengah di ruangan komen, ramai termasuk netizen Malaysia memberi pujian terhadap perbuatan lelaki berkenaan yang beradab serta menghormati situasi orang sedang berdoa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan majlis apa sedang berlangsung selain lokasi juga tidak dinyatakan yang berkemungkinan berlaku di negara seberang.