Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ujian Selepas Memeluk Islam, Wanita Cantik Asal Korea Mualaf Ini Ditelantarkan Oleh Keluarga...

Ujian Selepas Memeluk Islam, Wanita Korea Mualaf Ini Tidak Diberi Nafkah Oleh Ibu Bapa

Ujian Selepas Memeluk Islam

Pada saat dia memilih Islam sebagai pegangan hidup, Ayana Jihya Moon diduga dengan t3ntangan keluarga. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat dan kepercayaan Ayana terhadap Allah SWT sebaliknya menambah membuatkan dirinya semakin mahu mendalami agama suci ini.

Terdetik hati untuk memeluk Islam pada tahun 2012, anak kepada seorang pemimpin politik di Korea Selatan ini mengakui cara hidup Islam menerbitkan dimensi baharu buat dirinya dan membawa kebaikan itu di dalam negara kelahiran dan juga luar negara.

Gadis Mualaf Korea Ini Diuji Apabila Ibu Bapanya Tidak Lagi Memberikan Nafkah Untuknya

Bersama ayahnya ketika Ayana masih kecil

Ujar Ayana, “Saya mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi sebab jatuh cinta dengan kebudayaan Timur selepas mempelajari tentang Timur Tengah sehingga menarik perhatian saya untuk memeluk Islam. Alhamdulillah, pintu hati saya terbuka untuk menerima Islam pada tahun 2012.

 

Gadis Mualaf Korea Ini Diuji Apabila Ibu Bapanya Tidak Lagi Memberikan Nafkah Untuknya

Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Sukar untuk saya dapatkan pekerjaan hanya kerana saya berhijab. Jika ditawarkan pekerjaan pun kebanyakannya bersangkut paut dengan perkara haram untuk dilakukan antaranya termasuklah perlu mengambil minuman beralkohol mengikut budaya masyarakat di sana.”

Baca Juga: Ibu Ayana Moon Merasa Tenang Saat Berada Di Masjid