Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

-” Buku bertemu Ruas” Baru saja Caprice kata nak s4man Mydin 30 juta , Sekali Ini Respon “Win” Dari Mydin.

ISU SEMASA

-” Buku bertemu Ruas” Baru saja Caprice kata nak s4man Mydin 30 juta , Sekali Ini Respon “Win” Dari Mydin..

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai hantaran yang dibuat oleh pasaraya terkenal, Mydin yang dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi rap terkenal, Caprice untuk mempromosikan barang mereka.

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu telah mengundang rasa tidak puas hati Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sehinggakan dia mahu mengambil tindakan saman RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak Mydin namun, mereka kelihatan tenang meskipun digertak oleh penyanyi sensasi itu.

Malah, menerusi ciapan terbaharu mereka, pihaknya hanya menerima banyak notification pagi ini dan bertanya kepada pengikutnya sudah membeli belah atau tidak di pasaraya Mydin.

Bukan itu sahaja, nama syarikat Mydin juga secara tiba-tiba menjadi trending di Twitter selepas isu bersama Caprice tersebut tular di media sosial.

Sumber: Twitter @mydinmalaysia