-“Dia Pergi Petang Jumaat Pukul 2 petang “- Takziah Kpda Nabil Atas Pemergian Insan Tersyg
Innalihiwainailaihirojiun....-“Dia Pergi Petang Jumaat Pukul 2 petang “- Takziah Kpda Nabil Atas Pemergian Insan Tersyg🥺
Mari sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah 🤲
BAPA kepada penagcara dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada usia 71 tahun di Hospital Serdang sekitar pukul 2 petang, Jumaat akibat komplikasi jantung. Berita sedih tersebut dikongsi sendiri oleh pengurus Nabil yang memaklumkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu. “Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.
“Bapa Nabil sudah lama menghidap masalah jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan semakin teruk. “Nabil kini berada di hospital bagi pengurusan jenazah,” katanya kepada mStar.Bapa Nabil meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman Nabil di Mambau, Negeri Sembilan untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Garam.
“Orang Baik Pergi Pada Hari Baik” Meninggal Dunia Hari Jumaat Banyak Kelebihan Seperti yang umat Islam ketahui, hari Jumaat merupakan penghulu hari dan mempunyai pelbagai keistimewaan padanya. Ia adalah satu-satunya hari di mana kaum Muslimin diperintah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah. Selain itu, hari Jumaat juga adalah di antara hari di mana doa seseorang kepada Allah SWT itu dianggap mustajab.
Riwayat Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu.”[ Riwayat al-Bukhari ] Lantas, pemergian Sandra pada hari ini insyaAllah punya banyak kelebihan di sisi agama Islam.
Apapun, kematian itu adalah sesuatu yang pasti berlaku pada setiap makhlukNya yang bernyawa tanpa mengira masa, tempat dan situasi. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa meningkatkan amalan agar masa untuk kita temui ajal sendiri nanti adalah dalam keadaan yang bersedia. Wallahualam. Sumber Hadis: Mufti Wilayah Persekutuan