“Jah4nam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Itu luahan rasa sedih dan ger4m pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan, Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

Susulan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah r0sak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak cakap macam mana.

“Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malulah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh sam4n malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab.

“Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

Perkongsian sama telah dikongsikan Siti Jamumall menerusi sebuah hantatan di Tik Tok yang sehingga kini sudah pun menerima ratusan komen wargamaya.

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

VIDEO.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.