Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

"Akhirnya Berjaya Ditangkap!!! Suspek Tembak jatuh MH17 : 2 warga Rusia, seorang warga Ukraine dihukum penjara seumur hidup...",-

Tembak jatuh MH17 : 2 warga Rusia, seorang warga Ukraine dihukum penjara seumur hidup

Tembak jatuh MH17 : 2 warga Rusia, seorang warga Ukraine dihukum penjara seumur hidup. Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Tembak jatuh MH17 : 2 warga Rusia, seorang warga Ukraine dihukum penjara seumur hidup
ANTARA waris mangsa tragedi MH17 di luar mahkamah di Badhoevedorp, Belanda.

Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta euro kepada ahli keluarga mangsa.

Beliau berkata, peluru berpandu Buk Telar dibawa ke Ukraine atas inisiatif Dubinsky, selaku pegawai memerintah dalam Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan juga pegawai memerintah dalam DPR.

“Beliau secara langsung bertanggungjawab mengatur dan mengarahkan pengangkutan Buk Telar ke dan dari tapak pelancaran. Berhubung cara ia diangkut, tertuduh Kharchenko mempunyai peranan langsung dan aktif sebagai komander eksekutif, yang menyediakan dan mengatur penempatan Buk Telar.

“Kharchenko juga memastikan Buk Telar dikawal dan dilindungi di tapak pelancaran,” katanya.

Hakim itu seterusnya berkata, peranan aktif yang dimainkan oleh tertuduh adalah penting apabila menembak peluru berpandu Buk, sehingga Dubinsky dan Kharchenko sudah bekerjasama dan sebagai pelaku dengan kru Buk Telar sudah menembak jatuh pesawat MH17.

Beliau berkata, Girkin adalah pemimpin tertinggi tentera DPR dari segi operasi dan oleh itu memikul tanggungjawab (akhir) untuk penempatan sumber ketenteraan dalam dan DPR.

Beliau berkata, pesawat MH17 yang ditembak jatuh menyebabkan kemusnahan teruk dan meragut nyawa 298 orang dengan memberikan kesan serius yang tidak dijangka kepada keluarga.

“Mahkamah menyifatkan sikap dan perilaku Kharchenko, Dubinskiy dan Girkin, yang hanya menjawab pertuduhan dari jauh, sebagai tidak menghormati dan menyakiti perasaan waris,” katanya.

“Menyebabkan Penerbangan MH17 terhempas dan kematian semua orang yang berada dalam pesawat itu adalah satu pertuduhan serius, akibatnya amat dahsyat dan sikap tertuduh begitu keji sehinggakan tempoh pemenjaraan yang terhad tidak akan mencukupi.

“Ketiga-tiga tertuduh dihukum penjara seumur hidup. Mahkamah memerintahkan mereka yang sudah disabitkan dengan kesalahan ini ditahan,” katanya.

Hakim itu berkata, sejumlah 306 tuntutan bagi pampasan sudah ditaksir mengikut undang-undang Ukraine.

Beliau berkata, pampasan bagi kerosakan moral termasuk dari segi emosi telah dibenarkan yang berjumlah lebih 16 juta euro.

Ketika membebaskan Oleg Pulatov, hakim itu berkata, tidak ada keterangan mengenai pembabitan aktif di pihak Pulatov dalam menggerakkan Buk TELAR atau tugasan yang diberikan oleh Dubinskiy kepada Kharchenko.

“Pulatov diketahui tidak berada di sekitar tapak pelancaran atau ketika Buk TELAR menembak peluru berpandu itu.

“Juga tiada sebarang petunjuk bahawa beliau berkemungkinan mengubah apa-apa mengenai perkara ini. Justeru, beliau dibebaskan,” katanya.

Terdahulu, menyentuh mengenai keterangan yang dikemukakan, hakim itu berkata, mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 terkena sebutir peluru berpandu Buk yang ditembak dari padang di ladang itu.

“Ini jelas daripada gambar jejak asap di langit, kenyataan seorang saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas dan data tiang penghantaran, gambar dan video mengenai seunit Buk TELAR sedang diangkut dan dipunggah serta penemuan serpihan dalam mayat seorang anggota kru, kekuda dan alur pesawat.

“Siasatan di Belanda dan luar negara tidak mendedahkan sebarang kesan pengubahan bukti,” katanya.

Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020. Bagaimanapun, tiada seorangpun yang hadir pada prosiding itu dan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda.

Mereka berdepan pertuduhan menyebabkan pesawat itu terhempas sehingga mengorbankan semua penumpang serta kru MH17, yang boleh dihukum mengikut Perkara 168 Kanun Jenayah Belanda, dan bagi pertuduhan membunuh 298 orang yang berada dalam pesawat itu, kesemua tertuduh boleh dihukum mengikut Perkara 289 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan penjara seumur hidup atau 30 tahun tanpa parol atau peluang untuk dibebaskan lebih awal.

Dilaporkan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh sebutir peluru berpandu BUK ketika terbang melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Kesemua 298 penumpang serta kru dalam pesawat malang itu, yang terdiri daripada 43 rakyat Malaysia, 193 rakyat Belanda dan 27 rakyat Australia, terkorban.

Turut baca :