"Anak aku dalam bas ni...π"-Anak Lelaki Terbabit Dalam Nah4s Bas, Sharifah Shahirah Mengucap Panjang
‘Anak aku dalam bas ni’-Anak Lelaki Terbabit Dalam Nah4s Bas, Sharifah Shahirah Mengucap Panjang
Di Instagram, pelakon, Sharifah Shahirah meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Airell terlibat dalam kem4langan jalan raya apabila bas yang dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka, semalam.
Anak aku dalam bas ni
Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdullillah okay dah ada dekat rumah. Dia tak nak cakap. Dia kata bas rosak. Nasib dia duduk belakang. Mak tak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar.
Menurut Sharifah Shahirah, anaknya itu telah menghadiri festival animasi di Singapura beberapa hari yang lalu. Tambah penyampai radio tersebut, pada awalnya Airell cuba untuk berselindung daripada bercerita mengenai perkara yang sebenar kepadanya. Walau bagaimanapun, rahsia tersebut terbongkar apabila Sharifah Shahirah mendapati terdapat kesan luka di kepala Airell.
Sepatutnya suami saya ambil dia jam 5 pagi, tapi bila saya bangun pagi tengok anak saya masih belum sampai. Suami bagitahu anak cakap bas rosak sebab itu lambat sampai. Selepas balik kerja, saya nampak ada luka di bahagian dahi dia. Mulanya dia tutup pakai rambut dia sebab rambut tu panjang. Bila tanya lagi, dia kata itu jerawat. Saya tengok macam luka. Saya tanya dia kena pukul dengan orang ka sebab pergi Singapura pun tak beritahu saya. Bila kena paksa baru dia cerita. Mengucap panjang bila dengar dia cerita.
Sujud syukur
Terdahulu, Berita Harian melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, awal pagi semalam.
Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang ceder4
Jasin: Seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kem4langan itu pada 3.57 pagi.
Menurutnya, sebuah jentera bersama sembilan anggota termasuk dua dari Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan turut dibantu lapan anggota dari BBP Tangkak, Johor.
“Sejurus tiba di lokasi pada 4.10 pagi, didapati kemal4ngan membabitkan bas ekspres melanggar bahagian belakang lori treler membawa muatan barang kitar semula.
“Terdapat 27 penumpang yang mana 16 orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala 11 selamat.
“Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan EMRS untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.20 pagi tadi.
Sumber: Sharifah Shahira & Berita Harian