Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“B0dohnya pekat sekali!” – Geng Undi 18 cari penyakit, tak sangka ini yang mereka buat...

“B0dohnya pekat sekali!” – Geng Undi 18 cari penyakit, tak sangka ini yang mereka buat

KEGH4IRAHAN golongan muda ‘turun’ mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuatkan segel1ntir daripada mereka mengabaikan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tidak pasti sama ada terlalu teruja untuk mengundi, terlupa atau sengaja, segelintir daripada mereka bertindak ‘kurang bijak’ dengan merakam proses ketika membvang undi.

Malah, mereka tanpa rasa bers4lah memuat naik rakaman tersebut di media sosial masing-masing.

“Tak tahu nak pangkah yang mana satu,” demikian kapsyen yang ditulis oleh pengguna akaun TikTok, Jerry Zakaria.

“Undi bukan lagi rahsia,” tulis seorang pengguna TikT0k yang lain, Nur Liyana pada video yang dimuat naik di laman tersebut.

Pada rak4man berkenaan, tertera dengan jelas calon serta parti yang dipangkah oleh mereka.

Hantaran yang tular di laman Twitter.

Walaupun video-video tersebut sudah dipadamkan daripada akaun masing-masing, namun ada netizen lain yang sempat merakam dan memuat naik semula di laman sosial sehingga ia menjadi tular di Tw1tter.

Menjengah ruangan komen, rata-rata net1zen menyel4r t1ndakan ind1vidu yang berkenaan malah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat.

“Teruk betul.. tak tau ke orang ramai beratur nak cepat selesaikan undi.

“Inilah masalahnya budak-budak yang undi 18 ni over excited plus ketagihan perhatian netizen.. sanggup je buat benda ‘bijak’.

“Dah agak mesti ada ja orang b0d0h buat.

“B4ngang punya j4ntan. B0d0hnya pekat sekali,” demikian antara k0men netizen.

Malah netizen juga mempersoalkan penguatkuasaan peraturan di pusat mengundi memandangkan sebelum ini SPR menetapkan peraturan di mana penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi (saluran) adalah tidak dibenarkan pada PRU15.

“Sini tak boleh bawa phone, memang polis jaga ketat. Macam mana mereka buat ni… rajin cari pasal.

“Tak boleh bawa telefon kan semasa mengundi? Siap ada tanda jangan bising sekali kat sana.

Antara komen netizen terhadap perkongsian tersebut.

“Macam mana boleh bawa masuk phone? Kita yang bawa kena letak dalam kotak. SPR sana tak jaga ke apa?” demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, tindakan berkongsi atau mendedahkan kertas kertas undi merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 2,700 ulang kicau.