"Baru Lepas Rujuk, Suami Kantoi Curang Lagi Dgn Skandal. Beri Alasan Isteri Jarang Masak Sarapan..😱",-
Baru Lepas Rujuk, Suami Kantoi Curang Lagi Dgn Skandal. Beri Alasan Isteri Jarang Masak Sarapan
Di sebalik keanggunan wajah yang dimiliki, pasti ramai menyangka wanita ini sedang bahagia. Namun hakikatnya, tersimpan 1001 penderitaan yang ditanggung olehnya walaupun fasa perkahwinan tidak bertahan hingga setahun.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Meskipun telah diberikan peluang, namun perangai lama masih tidak diubah sebaliknya dituduh pula dengan bermacam alasan tidak munasabah.
Meskipun dikatakan sedang keluar bertugas, namun alangkah retak hati Farah Fasya apabila suaminya terbongkar mengirim mesej dengan ramai perempuan lain serta ajak mereka keluar.
Apa yang lebih menyedihkan, wanita ini jugalah yang terkena tempiasnya sekali gus bertindak membuat laporan polis sebagai langkah untuk mempertahankan dirinya.
Malah ketika disoal di pejabat agama, si suami menyatakan alasan bahawa pasangannya jarang menyediakan sarapan kepada pegawai yang bertugas. Perkara itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati Fasya, yang sering menyediakan juadah di rumah serta bekal untuk ke tempat kerja sepanjang perkahwinan mereka.
Enggan menyusahkan pihak lain termasuklah ahli keluarga sendiri, wanita ini kemudiannya tekad bangkit dan dapatkan keadilan seorang diri. Hal ini kerana, Fasya sedar mereka tidak berada di posisinya bahkan dia sudah cuba lakukan sehabis baik untuk rahsiakan masalah rumah tangga selama ini.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Kredit : TikTok & IG fasyafarahin_