“Duduk serumah Bersama Laki orang, makan bab*..”.. Baru sj Aishah Azman dedah perangai sebenar akak ipar.. Ini pula berlaku..

Berang aktor Afiq Muiz dituduh sebagai kaki pukvl oleh isterinya, Pachara Apin, pelakon Aishah Azman tampil mempertahankan abang tercinta.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aishah mendakwa kakak iparnya sengaja menabur fitnah dan memutar belit cerita menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Siapa kena pukul? Awak atau abang saya? Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya.

Dalam masa yang sama, kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit. Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya.

Tambah aktres berumur 26 tahun itu, dia mendakwa kakak iparnya telah berlaku curang dengan Afiq apabila bersekedudukan dengan lelaki lain yang berstatus suami orang selain minumAr4k, pergi kelab hiburan dan makanBabl.

Dakwa pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah, kakak iparnya juga menyatakan dia sudah bercerai dengan Afiq.

Jangan dengar sebelah pihak, saya tahu apa awak buat, duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tetapi memanipulasi cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya.


Jangan sebarkan fitnah. Suka cederakan diri sendiri dan memanipulasi cakap abang saya pukul awak.
Dalam pada itu, pelakon drama Suri Katriana menegaskan dia dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Pachara masih melampaui batas.

Jika ada lagi kata-kata yang berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan pada awal dan kuncu-kuncu awak. Jangan lupa negara kita ada undang-undang.

Sebelum ini, Pachara mendakwa Afiq memukulnya dengan mematahkan kaki serta jarinya di akaun media sosial miliknya.

Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Sumber : ohbulan