"Pilu..Suami Diuji S4kit, Wanita Terima Pujian Tetap Setia Teruskan Perkahwinan....",-
Suami Diuji S4kit, Wanita Terima Pujian Tetap Setia Teruskan Perkahwinan
Di TikTok, tular video yang memaparkan dua mempelai yang berada di satu majlis akad nikah untuk melangsungkan upacara ijab kabul bagi pasangan pengantin.
Pengantin lelaki terlantar di katil
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah kegigihan pengantin lelaki yang sanggup melawan s4kitnya dengan berada di majlis walaupun berada di atas katil miliknya.
Difahamkan lelaki berkenaan merupakan pes4kit k4nser leiomysarcoma tahap keempat. Walau bagaimanapun, situasi itu tidak menghalang pasangan pengantin untuk bergelar suami isteri kerana kelihatan wanita tersebut juga manis tersenyum semasa diarak masuk ke majlis.
Dapat pujian orang ramai
Dari video yang dikongsikan itu juga, ramai yang menitipkan doa di bahagian komen dengan mengharapkan lelaki tersebut diberikan kesembuhan seperti sedia kala agar dapat bersama-sama menikmati kehidupan berumah tangga bersama isteri.
Bukan itu saja, tindakan wanita berkenaan yang tetap memilih lelaki tersebut sebagai suami juga menjadi bualan hangat oleh netizen kerana mengganggap dia sebagai seorang yang menerima setiap baik dan buruk pasangan. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah ya!
Alhamdulillah tahniah buat sis dan suami. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cepat sihat untuk suami sis…
Semoga cepat sembuh adik bebas daripada kanser, dipermudahkan segala urusan rawatan dan selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke Jannah.
https://www.tiktok.com/@wilwafi211221/video/7165093901844434203?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7003139224850368002
Sementara itu hasil tinjauan kami menerusi akaun TikTok wanita berkenaan, dia turut memuat naik beberapa video sepanjang hari pernikahannya bersama suami malah apa yang menjadikan keadaan lebih pilu adalah keadaan lelaki berkenaan yang dibawa menaiki van ambulans untuk meneruskan upacara.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : ohbulan.com via KeramatViral