“Rakan artis sudah baca Yassin.. Dah Tak lama lagi….. Dr kata dia… “Baru sahaja Nad sudah buka mata… Ini pula berlaku..
“Rakan artis sudah baca Yassin.. Dah Tak lama lagi….. Dr kata dia… “Baru sahaja Nad sudah buka mata… Ini pula berlaku..
Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan kadar kebergantungan pelakon, Nad Zainal, 32, terhadap mesin oksigen semakin berkurangan. Ia sekali gus menyaksikan keadaan kesihatan Nad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan di Ampang, di sini, lebih baik dari semalam.
Doktor akan ‘sedar’kan dia. Dah tak lama lagi. Insya-Allah
Bagaimanapun, menurut Shahrulezad, doktor masih mahukan Nad ditidurkan selagi paru-parunya belum betul-betul kuat. “Bila keadaan sesuai barulah doktor akan ‘sedar’kan dia. Mungkin tidak lama lagi. Insya-Allah,” katanya.Menurutnya, dia juga lega apabila dimaklumkan organ penting Nad dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.
“Jadi, khabar angin mengatakan buah pinggang Nad rosak akibat pengambilan ubat kurus adalah tidak benar. Masalah Nad sekarang ialah paru-parunya masih dalam proses penyembuhan. Apa yang dia perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk terus berjuang dan kembali sihat.
Nad perlukan doa daripada peminat semua.
“Selain dari itu, Nad juga perlukan doa daripada peminat semua. Saya percaya dia akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi,” katanya yang turut berterima kasih buat semua kakitangan hospital terutamanya barisan doktor dan jururawat yang merawat Nad. Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih buat pelakon, Ungku Ismail yang selalu mengemaskini keadaan Nad menerusi kumpulan WhatsApp mereka.
Doktor tidak galakkan pelawat datang melawat
Difahamkan, tahap oksigen dalam badan Nad turut menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini.
Dalam pada itu, pelawat tidak digalakkan datang ke wad untuk melihat keadaan terkini aktres itu.
“Dengan itu, siapa-siapa yang datang tidak digalakkan untuk masuk ke wad Nad. Boleh jumpa ahli keluarga semua di lounge,” akhirinya dengan tanda pagar Pray For Nad Zainal
Nad Zainal kini dirawat di ICU akibat jangkitan kuman di paru- paru
Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.
“Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.”Kemungkinan dia terpaksa ditidurkan kerana nak pastikan paru-parunya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah, keadaannya juga dikatakan stabil.
“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain risaukan dia , saya juga bimbangkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.
“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.
“Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit letih dan stres. Tak sangka pula dia sedang menanggung kesakitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai penyakitnya itu,” katanya.
Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dirawat di ICU.