“Barang pun dh pindah.. Terima kasih segalanya..” Bertahun bersama.. Mia Ahmad pula dedah berita buat Ramai sebak..
“Barang pun dh pindah.. Terima kasih segalanya..” Bertahun bersama.. Mia Ahmad pula dedah berita buat Ramai sebak..
Ramai sedia maklum bekas penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Mohd Izham Tarmizi merupakan suami kepada pelakon, Mia Ahmad.
Siap sedia pindah negeri Pahang
Dalam usaha untuk menguatkan lagi pasukan Sri Pahang FC, Izham Tarmizi akan beraksi sebagai salah seorang pemain pasukan tersebut untuk Liga Malaysia musim hadapan.
Susulan perubahan itu, Mia terpaksa akur apabila terpaksa berpindah bersama anak-anak mengikut suami ke negeri Pahang.
Bukan niat meraih simpati
8
Menerusi hantaran di TikTok, Mia, 34, berkongsi proses penghijrahan mereka sekeluarga ke Pantai Timur. Dalam masa sama, dia mengakui berasa sebak untuk meninggalkan negeri Johor.
Ucapan selamat tinggal memang sentiasa menjadi sesuatu yang sukar untuk diucapkan terutamanya untuk orang yang kita sayang, memori yang terbina.
Jelas pemilik nama Samihah Ahmad Baderi, video tersebut sekadar perkongsian untuk menunjukkan rasa syukur dan penghargaan mereka kepada negeri Harimau Selatan dan bukannya untuk meraih simpati.
‘Selamat maju jaya di Pahang!’
Sementara itu, di bahagian komen pula, ramai yang mengucapkan tahniah dan berharap agar Izham dapat menunjukkan prestasi yang terbaik untuk pasukan baharu.
Selamat datang ke Pahang, Izham dan Mia!
Semoga dimudahkan segala urusan buat kalian sekeluarga. Tak sabar nak tengok Izham beraksi.
Video