“Jumpa sesuatu dalam kereta..” Polis berbalas tembakan di Gurun, dua lelaki maut. Rupanya ini yg berlaku

Gurun: Dua penjenayah maut dalam insiden berbalas tembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat sini malam tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian pada 11 malam itu, suspek yang berusia 61 dan 48 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan.

           

Sumber berkata, anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak.

“Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

“Suspek berkenaan juga turut dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 15 kes samun,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah dalam kenderaan dinaiki suspek.

“Dua suspek terbabit kemungkinan sedang merancang untuk melakukan kegiatan samun.

“Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, satu sidang media berhubung kejayaan dan kejadian itu akan dibuat Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam masa terdekat.

“alhamdulillah terbaik dan tahniah atas kejayaan Polis Kedah Khusunya buat anggota dari unit MPV yang pantas bertindak dan berjaya menumpaskan suspek syabas tuan2” – Hatimin

“Alhamdulillah.Bukan biasa² penjenayah ni.Akhirnya…Salam takziah buat ahli keluarga mangsa.” – Mummy Eka

“Terima kasih kepada Pdrm kerana mengalas tugas kepolisian dengan cermerlang.” – Mohd Saab

Sumber HM