“Nad Dah Bangun..”- Terima Panggilan Dari Ungku Ismail, Norren Iman Menangls Nad Zainal Sudah..
“Nad Dah Bangun..”- Terima Panggilan Dari Ungku Ismail, Norren Iman Menangls Nad Zainal Sudah..
Pesohor media sosial dan pelakon, Norreen Iman menangis kegembiraan sebaik melihat senyuman rakannya, Nad Zainal yang sudah sedarkan diri menerusi panggilan video, malam tadi.Menurutnya, dia terkejut apabila aktor Ungku Ismail menghubungi tanpa memaklumkan dia berada di sisi sahabat baik mereka itu di hospital dan kemudian terus menghalakan kamera telefon ke wajah Nad.
“Wei, abangku buat kejutan! Dia ‘call’ aku, tunjuk muka Nanad (panggilan manja Nad). Dia (Nad) dah bangun. Nanad senyum, meraung aku,” kongsi pelakon Cina Buta itu menerusi hantaran InstaStory Pada masa sama, Norreen yang bergandingan dengan aktres itu dalam drama Cina Buta turut mendedahkan tidak dapat berkata-kata disebabkan terlampau sebak.
“Meskipun hanya beberapa saat melihat Nanad, saya nampak keadaannya sangat baik. Kami sama-sama berpandangan, tetapi saya yang menangis tanpa suara,” katanya.Norreen juga menyatakan perasaannya kini semakin tenang selepas menerima perkhabaran terbaharu pelakon itu.
Terdahulu, lebih seminggu ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta, pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin, 32, itu sudah boleh bercakap dan memegang telefon. Berita gembira tersebut dikongsikan Ungku Ismail Abdul Aziz menerusi satu perkongsian video dalam Instagram malam tadi. Ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri pada 22 November lalu akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.
Baru-baru ini, pelakon Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ungku di laman Instagramnya semalam dengan mendedahkan doktor sudah melakukan prosedur yang lain untuk memastikan Nad menerima oksigen yang mencukupi.
Bukan itu sahaja, Nad juga sudah mula bercakap namun suaranya sangat perlahan dan keadaannya kesihatannya kadang-kala demam serta badannya panas.
“Sudah banyak perubahan dan proses pemulihan sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup. Sekarang ini untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal.
“Nad juga sudah boleh bercakap, tetapi suaranya sangat perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah. Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ungu turut menegaskan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak masuk akal mengenai keadaan Nad pada ketika ini sehingga menimbulkan salah faham terhadap dirinya.
“Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. Long covid, masalah buah pinggang… semua itu tidak keluar dari mulut doktor. Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan punca sakit ini disebabkan apa yang dia makan.
“Akan timbul juga spekulasi yang boleh menjatuhkan perniagaan orang. Kita tak mahu perkara ini melarat dan beri ancaman,” katanya lagi.
Sementara itu, Ungku turut berharap agar orang ramai dapat memberi sumbangan bagi membantu meringankan kos perubatan Nad dan meminta mendoakan pelakon yang berusia 32 tahun kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Sumber: Instagram @ungkuismailaziz