Pelawak R.Ramassuntran menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur sekitar antara pukul 2.00 ke 2.30 pagi
KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat besar, R.Ramassuntran menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur sekitar antara pukul 2.00 ke 2.30 pagi tadi.
Menurut berita duka yang dikongsi oleh Persatuan Seniman Malaysia itu, Ramassuntran yang juga merupakan pelawak, penulis skrip serta pengarah meninggal dunia akibat masalah jantung.
“Mendiang meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat-sahabat. Salam takziah buat isterinya Kamala dan keluarga. Good bye Rama, you may rest now.
“Mendiang mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi hingga 12.30 pagi. Satu jam kemudian doktor mengesahkan bahawa Ramasundran telah tiada (mendiang mempunyai sejarah masalah jantung),” tulis persatuan itu.
Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, ruang media sosial kini dihujani dengan ucapan takziah dan perkongsian cerita rakan-rakan artis ketika masing-masing pernah bekerjasama.
Antara lakonannya yang mencuri perhatian penonton seperti menerusi drama Cucu Wan Lebor dan filem Kerja Kahwin. Mendiang juga aktif dalam beberapa pementasan teater, antaranya teater Atap Genting Atap Rumbia