"InnalilahiwainailaihirojiunðŸ˜Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia..",-
Pelakon Veteran mewarnai drama Nur, MeninggaI Dunia
Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkltan kuman, malam tadi.
Allahyarham yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka di sini pada jam 11.30 malam.
Anaknya, Muhd. Amin Ismail, 25, berkata, bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 2.30 petang.
“Sebelum dimasukkan ke hospital, arwah telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum pihak klinik merujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut petang semalam.
“Bagaimanapun selepas menerima rawatan di hospital, pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa ayah telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhd Amin yang juga anak kelima daripada enam beradik itu berkata, bapanya telah menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu.
Bagaimanapun ujarnya, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir-akhir ini.
Kamsani yang berasal dari Klebang meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur antara 18 hingga 36 tahun.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zohor.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama termasuk Nur, Nenek Kebayan dan Shhh I Love You.
Nur sebuah drama bersiri ringan yang masih menggunakan elemen pop. Segala yang biasa diingini oleh peminat drama Melayu ada dalam drama ini.
Perempuan yang terdera emosi, babak air mata, watak yang menyakitkan hati, dan sedikit jenaka menjadi rencah cerita.
ADS
Namun demikian, drama 19 episod arahan Shahrulezad Mohameddin ini menampilkan watak-watak agama dalam pelbagai karakter yang mewakili zamannya.
Sumber : tv3