Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Tingg4l tulang Je badan Dia...😥” tah4p kesihatan Yasin Sulaiman membimbangkan abang

“Tingg4l tulang..,” tah4p kesihatan Yasin Sulaiman membimbangkan abang

Abang kepada penyanyi popular, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi perkembangan adiknya sewaktu ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Dalam pertemuan itu, Zain mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi yang dikemukan oleh Yasin. Pun begitu, dia tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada adiknya.

Sementara itu, Zain menegaskan dia bimbang dengan tahap kesihatan adiknya apabila melihat keadaan tubuh adiknya kian menyusut.

“Rasa sedih itu memang ada tapi itu lumrah hidup. Kita akan terus berada bersama Yasin, terus berdoa. Insya-Allah.

“Cuma saya amat risau dengan kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi, tinggal tulang…”katanya.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah sebak apabila melihat keadaan kesihatan Yasin sewaktu hadir ke mahkamah jika hendak dibandingkan dengan lawatan terakhir di penjara tempoh hari.

“Lawatan terakhir kami di penjara, Yasin memang seperti biasa, bersemangat, reda dengan ujian.

“Tapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutama susut berat badan yang agak ketara.

“Contoh bila kita peluk dia, salam dia, kita boleh terasa tulang,”ujar peguam Ariff Azami Hussein sebaik sahaja Zain tidak dapat menahan sebak.

Tambah Zain, perubahan fizikal yang dialami oleh Yasin berkemungkinan mengalami tekanan selain kesan sampingan daripada ubat-ubatan memandangkan adiknya diberi makan dan minuman secukupnya.

Terdahulu. Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukan Yasin untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi oleh Yasin Sulaiman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!FIONA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @FIONA

Sumber: Instagram @yasinsulaiman