Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalillahiwainnailaihirajiun. Selamat berehat di negeri abadi, Hafiz Nafiah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

Penyanyi Lagu APO KONO EH JANG, Mastura Ismail Meninggal Dunia Malam Ini 8.50 malam, Rabu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 8.50 malam, Rabu.

Allahyarham yang popular menerusi lagu duet bersama Ally Noor berjudul Apo Kono Eh Jang baru sahaja dibawa pulang ke rumah tiga hari selepas dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu.

Sejak tahun lalu arwah sering keluar masuk hospital akibat sakit vang dihidapinya.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Long, Cheras pada Khamis.
Mastura yang berasal dari Mentakab, Pahang, cukup popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang yang dinyanyi bersama pasangan duetnya, Ally Noor

Ini adalah klip pertama lagu apo kono eh jang. dinyanyikan oleh penyanyi dari allynor & mastura. ada gambar pencipta ikhtiman ismail

Lirik lagu dalam dialek Negeri Sembilan tersebut keseluruhannya menceritakan tentang nasihat dan sindiran seorang ibu terhadap anak lelaki bujangnya.

Pada rangkap pertama, menerangkan tentang anak lelakinya yang masih lagi tidur dan tidak melakukan kerjanya iaitu memberi kerbau makan. Kemudian, pada rangkap kedua, anak lelakinya berkata yang dia sudah lama membujang.

Rangkap keempat pula menunjukkan sindiran terhadap anak lelakinya kerana sering menghadap 'muka buku' (facebook) sampaikan diri sendiri tidak terurus. Disuruhnya untuk bersih dan kemaskan diri kerana bau badannya yang sudah seperti 'lombu' (busuk).

Seterusnya, rangkap kelima bermaksud bandingan antara anaknya yang tiada apa-apa pencapaian dengan orang lain yang sudah mencapai kejayaan.
dengan org lain yg telah mencapai kegemilangan.

Pada rangkap keenam pula, liriknya bernada nasihat kepada anaknya agar tidak diingat lagi perkara yang lepas yang mana pada rangkap ketujuh menerangkan apa yang menyebabkan anaknya berkelakuan seperti itu, iaitu berkenaan seorang gadis yang disukai anaknya telah pun dipinang orang lain.

Kemudian, rangkap kelapan dan kesembilan menerangkan tentang kekesalan ibu tersebut terhadap anak lelakinya jika anaknya mendengar nasihatnya dahulu, agar belajar rajin-rajin pasti nanti berjaya dan pandai seperti anak orang lain.

Juga dinasihati agar berusaha dengan lebih gigih, tidak malas bekerja agar boleh mendapat kesenangan hidup.

Rangkap kesepuluh pula menerangkan apabila sejak kecil belajar agama, dewasa nanti akan jadi orang berjaya.

Rangkap-rangkap terakhir pula bermakna kekesalan yang diluahkan ibu tersebut terhadap anaknya andai kata dia mengikut katanya dahulu, bekerja dan mengumpul duit dan menyegerakan
pinangan pasti Milah dapat menjadi menantunya kerana memang keinginan ibunya untuk bermenantukan Milah.