"Netizen Dah Mula Menyampah Dgn Nurul Shuhada Berlebih-Lebihan Dedah Aib Bekas Suami Termasuk Tuduh Hafidz Roshdi Buat Benda Ni..",-
Netizen Dah Mula Menyampah Dgn Nurul Shuhada Berlebih-Lebihan Dedah Aib Bekas Suami Termasuk Tuduh Hafidz Roshdi Buat Benda Ni
KETIKA kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi hangat diperkatakan ramai yang terus menghukum pelakon itu kerana bersikap curang dan melakukan keganasan terhadap isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.
Hafidz, 29, menerima hukuman berbentuk kata-kata cacian di banyak platform media sosial yang meluahkan rasa geram susulan kejadian menimpa Shuhada termasuklah ‘hadiah’ berupa penumbuk di muka.
Namun di sebalik itu ada sesuatu yang menarik perhatian apabila segelintir netizen memihak kepada Hafidz.
Shuhada berani membuat pendedahkan kecurangan Hafidz.
Hasil penelitian mStar menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, mereka yang berpihak kepada Hafidz mula berasa kurang senang selepas membaca komen-komen Shuhada menerusi media sosial miliknya yang dianggap sebagai melampau.
Malah di awal keretakan rumah tangga mereka, Hafidz dilihat cuma meyembunyikan permasalahan yang berlaku untuk menutup krisis rumah tangganya daripada cerita mereka terus diaibkan.
Malangnya, apabila Shuhada mula membuka mulut dan mendedahkan satu persatu, maka ternyatalah apa yang dilakukan Hafidz sehingga tergamak melafaz cerai kepada isterinya melalui telefon mempunyai asas atas sebab tidak mampu untuk mengawal perasaan marah.
“Padan muka. Balasan kepada wanita yang mulut kurang ajar. Tak hormat suami dan kuat provoke. Elok tambah lagi 10 jahit di belah pipi kanan tu.
“Hilang sabarnya. Bila kena provoke berbagai-bagai. Inilah akibat mulut.
“Hang bising-bising dengan suami, dia tension. Kan dah berjahit. Lain kali janganlah bising. Tak suka tinggalkan suami macam tu.”
Tak hormat suami dan kuat provoke. Elok tambah lagi 10 jahit di belah pipi kanan tu
Demikian antara komen-komen netizen yang kurang senang cara Shuhada mengendalikan kes rumah tangganya sehingga tergamak mendedahkan kecurangan Hafidz termasuklah membuat tuduhan kononnya suaminya itu melakukan maksiat bersama wanita lain.
Malah, Islam melarang mana-mana pasangan membuka aib masing-masing sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah SAW:
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]
Antara komen netizen yang dilihat menyokong Hafidz.
Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup keaiban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang mencela.
Pada 2 Mac lalu, kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada menjadi lebih hangat apabila dia bertindak menumbuk sebanyak tiga kali isterinya itu selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Akibat kejadian tersebut, Shuhada mengalami kecederaan di bahagian kiri muka dan menerima 10 jahitan.
Shuhada menerima 10 jahitan akibat dipukul Hafidz.
Dua anggota keluarga Shuhada kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu dan perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Shafa’aton Abu Bakar yang menerima laporan berhubung insiden pada hari sama kejadian.
Selepas kejadian itu Shuhada juga dilihat semakin terbuka berkongsi kisah di sebalik masalah rumah tangga mereka yang lama berlarutan.
Satu-persatu pemdedahan dibuat termasuk kisah kecurangan Hafidz dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada.
Sementara itu di pihak Hafidz pula dia berjanji akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata meskipun perkahwinan mereka berakhir.
Susulan laporan yang dibuat, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu ketika dia hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.
Pada 22 Februari lalu Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.
Shuhada kemudiannya ke mahkamah syariah pada 28 Februari lalu untuk memafailkan proses pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz dan kes mereka dijangka akan disebut pada 21 Mac.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih