“…rupanya lelaki dayus…” – Dlm proses perc3raian, kasari isteri, Ibu mertua Puteri Sarah luahkn ini.

Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi dikatakan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di bahagian mata sehingga menyebabkan kecederaan telah mencetuskan kemarahan netizen.

Apa yang lebih menjengkelkan ramai, selepas Hafidz mencederakan insan yang melahirkan dua orang anaknya itu, dia bertindak memuat naik sebuah video berpelukan bersama zuriatnya di laman Instagramnya telah mengundang reaksi netizen yang menontonnya.

Termasuklah, ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail yang memberi komen pedas di sebuah portal mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan.

“Ramai rupanya lelaki dayus!” Komennya ringkas.

Terdahulu,terdapat khabar angin yang mengatakan seorang pelakon lelaki bertindak memukul isterinya beberapa kali dan pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

Namun begitu, ahli keluarga Nurul Shuhada telah mengesahkan darah daging mereka telah menjadi mangsa pukul oleh Hafidz Roshdi yang dipercayai berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Susulan itu, mereka sudah membuat laporan polis di balai polis Sungai Buloh dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Instagram @mstaronlineofficial, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.