Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

3 Bulan Derita Dirogol Bapa ‘Syaitan’, Gadis 16 Tahun Nekad Lapor Polis Walaupun Diugut..😱

3 Bulan Derita Dirogol Bapa ‘Syaitan’, Gadis 16 Tahun Nekad Lapor Polis Walaupun Diugut



Di Pasir Puteh, perbuatan jijik seorang bapa empat anak terbongkar apabila anak gadisnya yang berusia 16 tahun membuat laporan polis gara-gara dirogol bapa kandungnya di Kampung Merkang, Kelantan.


Rogol anak sendiri masa isteri keluar bekerja



Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, suspek yang berusia 51 tahun itu telah ditangkap di kediaman rumahnya setelah menerima laporan daripada mangsa.


Jelasnya lagi, gadis berkenaan tinggal bersama ayah kandungnya dan ibu serta tiga adik beradik yang lain. Mangsa dikatakan enggan memberitahu kepada sesiapa mengenai hal berkenaan kerana bimbang dimarahi dan dipukul oleh suspek.


Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu suspek masuk ke dalam bilik tidur mangsa dan merogolnya ketika ibu mangsa keluar bekerja dan adik beradiknya masih tidur.


Mangsa turut memaklumkan kejadian dirinya dirogol suspek berlaku beberapa kali sebelum ini sejak tiga bulan lalu.


Walau bagaimanapun, suspek telah ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 378B Kanun Keseksaan.