Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Patutlah Amelia Henderson tinggalkn dia?..”- Aedy Ashraf Kantoi Bermesra Dgn Kekasih Org Di Kelab Malam!?

“Patutlah Amelia Henderson tinggalkn dia?..”- Aedy Ashraf Kantoi Bermesra Dgn Kekasih Org Di Kelab Malam?
KETIKA tular di media sosial selepas sebuah rakaman video memperlihatkan seorang lelaki menari dan berpelukan dengan seorang wanita dipercayai di sebuah kelab malam, tiba-tiba nama pelakon Aedy Ashraf dikaitkan dalam insiden itu. Ia berikutan terdapat komen di laman Twitter membabitkan nama pelakon berkenaan.
Rakaman pendek yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aiman Shah itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan mirip pelakon berkenaan. Dalam ciapannya itu, Aiman mendakwa wanita yang dipeluk oleh lelaki itu merupakan teman wanitanya yang telah berlaku curang.
Difahamkan, lelaki tersebut telah menghubungi pengguna Twitter berkenaan supaya memadam video yang dimuat naik kerana bimbang imejnya sebagai seorang selebriti terjejas. Dalam pada itu hasil tinjauan mStar mendapati video berkenaan sudah dipadamkan pada pagi Rabu.
Sementara itu, menjengah ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan mengaitkan nama Aedy Ashraf sebagai individu dalam rakaman berkenaan. “Aedy Ashraf la… kalau ikut siasatan Aedy dengan kekasih lelaki yang tweet tu. “Kekasih lelaki itu yang tweet teman wanitanya curang dekat kelab.
“Orang kata tu Aedy Ashraf! Apa yang dah jadi. Memang nampak macam dia, tapi mungkin muka seiras kot,” tulis netizen. Usaha mStar bagi mendapatkan pengesahan dan komen lanjut daripada Aedy Ashraf tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab. Sumber: Mstar