Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Astaghfirullah... Kemarin Telah Ditemui Seorang Mayat lelaki tanpa identiti tepi jalan...


Mayat lelaki ditemui tepi jalan

Mayat lelaki ditemui tepi jalan

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui di tepi Jalan Tanjung Malimg, Sungai Bidut, Sibu hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam yang menghubungi talian kecemasan MERS 999 pada 9.24 pagi.

“Pemeriksaan pihak polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada badan si mati.

“Pemeriksaan pada kedua-dua lengan si mati juga tiada sebarang kesan suntikan BCG,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Suhaili, tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan berlaku di tempat penemuan mayat itu setakat ini.

“Bedah siasat akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Beliau juga menyeru mana-mana saksi, waris atau majikan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ataupun keluarga/pekerja untuk segera tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis menerusi balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Binsin Lunjong di talian