Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tahniahh PDRM!!! Ejen kosmetik yang hilang diculik 3 lelaki, Kini Telah Di temui...

Tahniahh PDRM!!! Ejen kosmetik yang hilang diculik 3 lelaki,  Kini Telah Di temui...🤩🤩
Ternyata Inilah Cerita Sebenar...😱😱😱
dibawa ke negara jiranTUMPAT:Seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilapor dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.
Warisnya yang enggan dikenali, ketika dihubungi, mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.”Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.”Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak.
“Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” katanya.Dia berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, iaitu kawasan sempadan negara, menyebabkan suami mangsa bergegas ke sana, namun isterinya gagal ditemui.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika mengesahkan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dibuat dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. – BH