Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dulu Juara Akademi Fantasia Tetapi Sekarang Semua Berubah. Ini Keadaan Terkini Faizal AF4 Yg Ramai Tidak Tahu

Dulu Juara Akademi Fantasia Tetapi Sekarang Semua Berubah. Ini Keadaan Terkini Faizal AF4 Yg Ramai Tidak Tahu


Baru-baru ini juara program realiti Akademi Fantasi musim keempat, Faizal Ramly memuat naik video di akaun TikTok miliknya sekaligus menjawab persoalan peminat tentang keberadaan dirinya selepas sekian lama menyepikan diri.

Menerusi video tersebut, Faizal berkongsikan berita gembira mengenai penglibatan dirinya dalam bidang baru yang dijadikan kerjaya selain dari bergelar penyanyi.

‘Dua-Dua Rezeki Halal’ – Lama Menyepi, Faizal AF4 Kini Jadi Penjual Penapis Air

Difahamkan dia kini telah memulakan kerja sebagai seorang penjual mesin penapis air sebuah syarikat penyedia kelengkapan rumah berjenama terkenal.

Ujarnya lagi, dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian walaupun telah berkecimpung dalam kerjaya baru dan tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa antara kedua-dua kerjayanya itu.

Tak semestinya jadi penyanyi tak boleh berniaga. Tak ada masalah selagi dua-dua tu rezeki yang halal. Saya sayang anda semua. Senyum sokmo.

Penyanyi kelahiran Terengganu ini turut meminta jasa baik peminat dan juga orang ramai untuk sentiasa menyokong dirinya agar terus konsisten dalam bidang kerjaya yang dipilih ketika ini.

Sumber: namakufaizalaf4 via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.