Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Gambar tu baru lepas nαngis..” – Baru Je Selesai Berpαntang, Perkongsian Uyaina Arshad Buat Ramai Turut Sedih

HIBURAN

“Gambar tu baru lepas nαngis..” – Baru Je Selesai Berpαntang, Perkongsian Uyaina Arshad Buat Ramai Turut Sedih

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa sebak dan menitipkan ucapan penghargaan buat ‘confinement lady’ yang menjaganya sepanjang proses berpa.ntang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina telah memuat naik beberapa keping fotonya yang sedang menangis bersama wanita yang dipanggil Kak Indar, semalam.

“She deserves a special post. Thank you so much kakakku @lynnordin18 sebab jaga Uyaina & Urhan sepanjang tempoh berpantang ni..

“The best confinement lady would be an understatement for you. You have become family. My sister. Thank you so much, Kak Indar for everything,” tulisnya.

Menurut Uyaina, dia sentiasa terbuka menerima kunjungan wanita yang dipanggil Kak Indar itu sekiranya ingin menjenguk dan melawatnya bersama puteranya, Raja Urhan.

“Anytime kakak nak datang visit Urhan, bagitau je okay. We’re gonna miss you!! Take care and jumpa lagi, kakakku! Love you so much!

“P/s: Gambar first tu dua2 baru lepas nangis sebab dah babai each other. And teddy warna gray tu Kak Indar bawak balik sebab ada bau Urhan kat situ,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya teruja apabila pelakon itu sudah habis berpantang dan turut terkesan dengan perkongsian tersebut.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.

Sementara, pada 2 April lalu, dia mengesahkan berita kehamilan kepada umum selepas sering diasak dengan soalan mengenai baby bump yang kelihatan semakin membesar sebelum mengumumkan jantina kandungannya pada Ogos lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Xtra