Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Mereka yg pksa saya pakai tudung dan telekung..” Sajat bongkar semula cerita sebenar di Tanah Suci!!!


“Mereka yg pksa saya pakai tudung dan telekung..” Sajat bongkar semula cerita sebenar di Tanah Suci

SIAPA boleh lupa insiden usahawan sensasi Nur Sajat tampil bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah hampir tiga tahun lalu.

RAKAMAN VIDEO YANG MENGEJUTKAN ITU ADA DI BAWAH SEKALI

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di Malaysia khususnya yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai biadab selain berani mempersendakan hukum Allah di Tanah Suci.

Sajat tidak bertudung ketika berada di KLIA.

Sebelum ini, pemergian Sajat ke Tanah Suci menjadi bualan hangat apabila tular gambar usahawan itu yang memakai jubah putih, berjaket denim tanpa mengenakan tudung ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun, tindakan Sajat memuat naik foto memperlihatkan dirinya memakai tudung ketika berada di dalam pesawat mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Tidak hanya itu, Sajat turut membuat video lengkap bertelekung putih ketika mengerjakan umrah.

Sajat juga mengemaskini status menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga dan anak angkatnya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sajat membalas komen netizen mengenai penampilannya sebelum berlepas ke Makkah.

Perkongsian Sajat mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen khusus membabitkan pemakaiannya.

Lebih membimbangkan apabila tular sekeping foto Sajat bersama rombongan lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memakai jubah putih dan berjaket denim tanpa tudung.

Namun Sajat berkongsi foto dia di atas kapal terbang dengan memakai pakaian yang sama namun kali ini dia dilihat lengkap mengenakan hijab seperti wanita.

Pada ruangan komen, Sajat memberitahu pengikutnya bahawa dia hanya bertudung ketika mengerjakan umrah.

“Saya bukan wanita bertudung, buat apa nak pakai awal-awal. Kat Malaysia pun buka tudung, nak mengerjakan umrah je saya pakai tudung.

“Kalau saya mempermainkan agama Allah dah bagi bala kat sini,” katanya.

Hasil semakan mStar di Facebook agensi pelancongan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan marah kerana dikatakan gagal memantau perkara itu.

“Kita sama-sama doakan supaya Sajat dan yang bersamanya dapat hidayah daripada Allah. Mudahan di sana Allah tunjukkan kebenaran.

“Hanya dia dan Allah yang kenal dia. Kami di Albayt Travel hanya bantu permudahkan urusan tetamu Allah.

“Selebihnya hanya Allah yang tahu. Sama-sama doakan supaya Allah tunjukkan jalan yang benar kepadanya,” tulis agensi itu lagi.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

mStar