Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Gebu Gebas” – Individu Sebar Wajah Bilal, Di Mana Lokasi Gambar ‘Curi’ Diambil Diberitahu...


“Gebu Gebas” – Individu Sebar Wajah Bilal, Di Mana Lokasi Gambar ‘Curi’ Diambil Diberitahu

Penantian peminat selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa yang menantikan pendedahan wajah anak sulungnya itu akhirnya tertunai.

Menerusi satu portal hiburan, seorang individu telah memuat naik foto anak Neelofa dan juga Haris Ismail iaitu Bilal di aplikasi TikTok.

Dakwa individu itu, dia telah terjumpa pasangan tersebut di sebuah kaunter kerajaan dan Bilal sedang didukung oleh Neelofa di samping suaminya.

Bilal is cute, nampak dalam gambar pun dah gebu. Dah macam muka Afwa anak TokTi pun ada, tapi iras-iras sepupu dia Jebat Jayden.

Ambil Gambar ‘Curi’ Ketika Di Kaunter Kerajaan

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengesahkan bahawa bayi yang berada dalam foto tersebut sememangnya Bilal kerana ada yang terjumpa pasangan itu memakai baju yang sama seperti dalam video yang tersebar itu.

Namun, ada netizen beranggapan bahawa tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.

Terdahulu Neelofa berkongsi video di TikTok memperlihatkan suaminya sedang bermain dengan anak mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, bekas pengacara program MeleTOP berkata meluangkan masa bersama suami dan anak merupakan salah satu penyebab dirinya bahagia

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, bercuti dan sudah tentu berniaga

“Love you both,” tulis Neelofa.

Bagaimanapun, kali ini Neelofa mengambil keputusan untuk menutup ruang komen tanpa memberi sebarang penjelasan.

Biarpun tidak dapat meninggalkan komen, peminat tetap mahu berkongsi keterujaan dengan memuat naik semula video itu di akaun laman sosial mereka.

Ramai cakap yang muka Bilal dari tepi kelihatan macam Bilal, Sharnaaz tampil mengulas dalam ig story beliau

“Bilal sangat comel dan gebu, alhamdulillah rezeki Allah buat Lofa dan Haris” kongsi Sharnaaz di ig story milik beliau

Menurut peminat, wajah Bilal sama seperti sepupunya, Jebat Jayden yang juga anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

“Ikut cousin dia la muka tu.

“Muka dia dari tepi macam Jebat!” komen peminat.

Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

kredit: forum cari