Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ini Dia Muka Anak Yang Tampar dan tendang Ibu Sendiri sampai patah gigi!!!!

Tampar dan tendang sampai patah gigi, penoreh getah mengaku bersalah pukul ibu

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa. — Astro AWANI

SEORANG penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa atas dakwaan dengan sengaja memukul ibu kandungnya, 6 Oktober lalu.

Tertuduh Md Akhir Aziz, 47, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya Rahmah Din, 68.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Kampung Perik Mukim Kurung Hitam, Padang Terap pada jam 6.30 petang 6 Oktober lalu.

Tertuduh membuat pengakuan terbabit di depan Hakim, Noor Zaihan Mohamad Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya, Siti Nurul Suhaila Bahari menawarkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Hasil siasatan awal polis mendapati tertuduh bertindak menampar pipi kiri sehingga patah gigi serta menendang ibunya.

Sebutan semula kes 14 November depan. — Awani