Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri M4ut Dalam Kemal4ngan Ketika Konv0i Motosikal...



Pasangan suami isteri meninggal dunia motosikal rempuh kereta keluar simpang. Salam takziah buat keluarga

GERIK – Sepasang suami isteri maut selepas skuter jenis KYMCO yang ditunggang mereka terlibat nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 32.3, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini petang tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian sekitar pukul 6 petang berhampiran Pusat Rekreasi Lata Kekabu itu, mangsa, Azranawi Radzi, 42, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong.

Kemalangan itu turut menyebabkan remaja lelaki berusia 14 tahun patah betis kiri dan bahu kanan manakala bapanya yang memandu Proton Iswara tidak cedera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan isteri yang menunggang skuter dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu lelaki berusia 47 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang kanan.

“Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat lalu melanggar bahagian sisi belakang kenderaan terbabit.

“Penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat esok,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

         

Sahabat sekolah menengah Anderson Ipoh Dan sahabat seperjuangan perniagaan dlm bidang makanan ROSE PULUT AYAM , Nawie Radzi Dan isteri Rosnah Damha telah pergi menghadap Sang pencipta petang tadi dlm kemalangan motosikal di Lenggong PERAK…kedua2 arwah di bawa ke unit forensik hospital Grik untuk di uruskan..

InsyaAllah 2 kenderaan Van Jenazah Percuma Persendirian Dan van jenazah percuma dari team Paknjang Maknjang akan berikan bantuan khidmat YG terakhir utk arwah utk di bawa ke IPOH
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..

Salam Takziah kepada Seluruh ahli keluarga. Semoga sabar dan tabah melalui ujian ini dan didoakan semoga roh mereka dicucuri dalam rahmat kasih syg Allah serta ditempatkan di kalangan orang beriman.

TIADA DAYA KITA HANYA ALLAH YANG MAHA KUASA ATAS SETIAP PERANCAGANNYA ..

“KEHIDUPAN YANG ALLH JANJIKAN ADALAH KEMATIAN”

Sumber Kosmo