Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Suami meninggal dunia selepas terlibat dalam pergadvhan dengan pencuri, lstri tekad takkan maafkan pelaku..


Suami meninggal dunia selepas terlibat dalam pergadvhan dengan pencuri, lstri tekad takkan maafkan pelaku

Parit Buntar: “Saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila,”

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Demikian kata Sarimah Ahmad ,51, isteri Mahadzeb Salleh, 47, yang maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, semalam.

Sarimah berkata, dia terkejut dengan kejadian dan masih tidak dapat menerima kenyataan.

                

Arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Nur Izzati 15 dan Mohamad Irfan, 18 yang masih bersekolah.

Dalam pada itu seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, ketika melalui jalan itu, dia melihat kelibat dua lelaki berada di dalam parit dan menyangka mereka sedang mengutip kangkung.

“Rupanya orang bergaduh. Saya bersama beberapa penduduk segera meleraikan pergaduhan itu dan sebaik kedua-duanya dileraikan, mangsa jatuh terlentang berhampiran motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu Abdul Yunus berkata pihaknya menyampaikan bantuan awal kepada keluarga mangsa, pada masa sama akan mengusahakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada balu mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran.

Sementara itu, jenazah mangsa tiba di kediaman pada 4.43 petang dan dikebumikan kira-kira 6 petang di Tanah Perkuburan Masjid Parit Tok Ngah Atas.

Semalam media melaporkan seorang lelaki maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

 

Dalam kejadian, suspek berusia 40-an ditahan polis sebelum direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Oktober.