Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Riuh bertemu riuh, tak sangka ini reaksi pminat bila Sherry Al-Hadad ganti Nabil Ahmad dalam GV...


SHAH ALAM – Pengacara popular Sherry Alhadad dipilih menggantikan Nabil Ahmad dalam program Gegar Vaganza minggu keempat malam ini.

Bertemakan Aman Di Mata Damai Di Hati, Sherry mengambil alih tugas Nabil yang masih berada di kampung selepas pemergian Allahyarham bapanya, Ahmad Ismail yang meninggal dunia akibat sakit jantung kelmarin.

Pemilihan Sherry sebagai pengacara pada malam ini bersama Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dilihat menerima maklum balas yang baik daripada peminat Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Gaya penyampaian Sherry dan Kak Lina Pom Pom bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Rata-rata memuji cara penyampaian dan keserasian gandingan mereka berdua yang nampak lebih sopan bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Terdahulu Pengacara dan pelakon Elly Mazlein menzahirkan ucapan takziah kepada rakan hosnya di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad atas pemergian bapa Ahmad Ismail kira-kira jam 2 petang ini akibat kompilkasi jantung.

Elly atau pemilik nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, turut mengirimkan pesanan khidmat ringkas kepada Nabil untuk menzahirkan ucapan takziah.

Elly yang mesra disapa Kak Lina itu mendapat tahu mengenai berita mendukacitakan itu menerusi hantaran yang dibuat rakan artis, Sharifah Shahirah menerusi Instagram.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat Haji Nabil seisi keluarga. Saya dapat tahu apabila melihat ‘posting’ daripada Sharifah Shahirah.

“Saya ada kirimkan ucapan menerusi WhatsApp dan dia ada membalasnya. Apa pun, saya faham dengan situasi sukar yang dilalui Nabil ketika ini. Semoga semua urusan dipermudahkan.

“Tiada apa yang saya harapkan selain mendoakan yang baik-baik buat Nabil dan keluarga. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada,” katanya.

Konsert mingguan GV9 mula bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September lepas dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV9 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. – KOSMO! ONLINE