Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial Ryan Bakery yang selamat bernikah dengan gadis pilihan hati, Elyia Ibrahim pada jam 11 pagi tadi.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, gambar dan video majlis pernikahan pemudia berusia 27 tahun itu mula dikongsikan oleh netizen.


BACA: Ryan Bakery Tersinggung Dituduh Sombong, Besar Kepala

Adik lelaki kepada Ryan iaitu Adam Bakery juga turut memuat naik satu posting mengucapkan tahniah di atas pernikahan abangnya itu.

Menerusi gambar-gambar dikongsikan, pasangan pengantin dilihat segak dan cantik mengenakan persalinan seba putih.

Bagaimanapun, setakat ini tiada butiran lanjut mengenai lokasi majlis diadakan serta hal berkaitan penikahan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Ryan dan isteri. Selamat pengantin baru