‘Orang Yang Cvrang, Svsah Mengaku Salah. Dia cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain’ Fadzilah Kamsah

“Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah,” demikian pandangan daripada pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
Kata Fadzilah, pelaku akan seboleh-bolehnya cuba meletakkan kesalahan pada orang lain bagi mengelakkan dirinya.

“Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain. Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara. Ada ke patut? “Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah,” tambahnya.

Bercakap menerusi pengalaman, tambah Fadzilah yang membahasakan dirinya Tok Abah, individu yang curang dengan pasangan adalah memilih untuk bertindak sedemikian tanpa perlu paksaan.

“Banyak kes yang Tok Abah kendalikan ,orang to sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect. Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku cvrang.

“Maka, jangan pernah rasa down atau rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang. Itu bukan salah kita, itu realitinya salah pasangan sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.

“Memilih untuk menyembunyikan, memilih untuk buka hati pada pihak ketiga, memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga. Semua itu pilihan.

“Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina. “Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah,” pesannya panjang lebar.

Sumber : Gempak