“Yang lain tu bkan milik saya..” Akhirnya sekian lama menyepi, Sesuatu trjadi pada lG lra!!
“Yang lain tu bkan milik saya..” Akhirnya sekian lama menyepi, Sesuatu trjadi pada lG lra
Lama mendiamkan diri selepas dirinya terpalit dengan kontroversi menjadi isteri kedua pengarah tersohor, Syamsul Yusof, akhirnya Ira Kaza tampil memuat naik perkongsian di Instagramnya.
Banyak akaun IG palsu. Menerusi posting yang dibuat di Insta Story, Ira telah memberi amaran bahawa beberapa akaun palsu menggunakan namanya telah menjadi perhatian netizen sejak kebelakangan ini.
“Selamat pagi! Semua ni adalah akaun palsu dan bukannya diri saya. @irakaza adalah satu-satunya akaun yang saga guna ketika ini. Terima kasih,” tulisnya ringkas.
Ramai cuba ambil kesempatan. Sebelum ini, beberapa akaun Instagram mencecah ribuan followers telah menggunakan gambar Ira Kaza dan memuat naik beberapa gambar termasuklah gambar sewaktu pernikahan dengan Syamsul.
Ia membuatkan netizen beranggapan bahawa Instagram tersebut adalah milik wanita berusia 28 tahun itu dan menyerangnya di ruangan komen. Siap guna gambar kahwin
Dalam salah satu akaun palsu tersebut, ada amaran yang dikatakan dibuat Ira dengan meminta netizen tidak menggangu urusannya dan gembira menjalani perkahwinan tersebut.
Untuk rekod, Ira Kazar telahpun sah bergelar isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof di Thailand.
Tindakannya yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul telah dikecam hebat netizen di media sosial sejak Puteri Sarah mendedahkan dirinya kerap diganggu ‘penyondol’ sejak empat tahun lalu.
Selain dari Ira, nama pelakon Kazar Saisi turut terheret sama apabila menjadi wali kepada anaknya yang bernikah di luar negara menjadi isteri kedua.
Sumber : oh my media